Sunday 15 January 2012

penyakit kulit yang boleh dirawat melalui kaedah cuci darah(ozon)

 
Kulit merupakan organ terluas penyusun tubuh manusia yang terletak paling luar dan menutupi seluruh permukaan tubuh. Kerana ia terletak paling luar, maka kulit yang pertama kali menerima rangsangan seperti rangsangan sentuhan, rasa sakit, mahupun pengaruh buruk dari luar. Fungsi kulit antara lain : melindungi permukaan tubuh, memelihara suhu tubuh, dan mengeluarkan kotoran-kotoran tertentu. Kulit juga... penting bagi produksi vitamin D oleh tubuh yang berasal dari sinar ultraviolet. Mengingati pentingnya kulit sebagai pelindung organ-organ tubuh di dalamnya, maka kulit perlu dijaga kesihatannya. Selain sebagai pelindung tubuh, kulit juga memiliki nilai estetika. Kulit yang bersih dan terawat akan tampak indah.

Gangguan pada kulit sering terjadi kerana berbagai faktor penyebab, antara lain iaitu iklim, kawasan tempat tinggal, kebiasaan hidup yang kurang sihat, alergi, dan lain-lain. Beberapa jenis gangguan kulit antara lain iaitu :

1. Eksima (ekzema)
Merupakan penyakit kulit  dengan simptom kulit kemerah-merahan, bersisik, pecah-pecah, terasa gatal terutama pada waktu malam(eksim kering), timbul gelembung-gelembung kecil yang mengandungi air atau nanah, bengkak, melepuh, tampak merah, sangat gatal dan terasa panas.

Bahagian tubuh yang sering diserang eksima iaitu tangan, kaki, lipatan paha, dan telinga .
Eksima disebabkan kerana alergi terhadap rangsangan zat kimia tertentu seperti yang terdapat dalam detergen, sabun, ubat-ubatan dan kosmetik, kepekaan terhadap jenis makanan tertentu seperti udang, ikan laut, telur, daging ayam, alkohol, vetsin (MSG), dan lain-lain. Eksima juga disebabkan oleh alergi serbuk sari tanaman, debu, perubahan iklim, bahkan gangguan emosi. Eksima lebih sering menyerang pada orang-orang yang menghidapi alergi. Penyakit ini sering terjadi berulang-ulang . Oleh kerana itu harus berhati-hati untuk menghindari hal-hal atau bahan-bahan yang dapat menimbulkan alergi (alergen.)

2. Kudis (Skabies)
Merupakan penyakit kulit yang disebabkan oleh parasit/tungau yang gatal iaitu Sarcoptes scabiei var hominis. Kudis lebih sering terjadi di kawasan yang kotor dan menyerang orang yang kurang menjaga kebersihan tubuhnya. Gejala yang timbul antara lain : timbul gatal yang teruk  pada malam hari, gatal yang terjadi terutama di bahagian celah-celah jari tangan, di bawah ketiak, pinggang, alat kelamin, sekeliling siku, aerola (area sekeliling puting susu), dan permukaan depan pergelangan. Penyakit ini mudah sekali menular ke orang lain secara langsung misalnya bersentuhan dengan pengidap, atau tidak langsung misalnya melalui  pakaian.

0 comments:

Post a Comment